Wednesday, 14 August 2013

Selamat Ulang Tahun Nur

selamat ulang tahun !
 Tarikh istimewa buat remaja yang belum berkahwin , tula antara tarikh keramat yang sentiasa di tunggu-tunggu. sama seperti Nur tarikh istimewa itula laa yang Nur tunggu saban tahun dan mengharap agar ada sinar baru pada hari tersebut . Teringat sewaktu dulu setiap kali tiba nya tarikh istimewa tersebut Nur mengharap sesiapa yang mengenali Nur akan wish pada hari itu , tapi lama kelamaan bila usia meningkat tiada lagi harapan seprti itu cukup sekadar orang yang rapat dengan  Nur serta yang menyayangi Nur dan kaum keluarga yang Nur harap kan mereka mengingati tarikh istimewa buat Nur .
Alhamdulilh pada tahun ini dapat jugak Nur menyambut hari istimewa itu dengan seseorang yang amat menyayangi Nur dan sentiasa menyokong Nur dari belakang  selain dari keluarga Nur sendiri . Terima kasih pada bakal suami Nur kerana membuat Nur gembira pada hari istimewa Nur . salam                          


Tuesday, 30 July 2013

Jason Mraz Song for a Friend ( with lyrics ) ♫

kawan ? nak cari kawan yang sentiasa di sisi kita susah dan senang memang sukar untuk di cari . Hilang seorang kawan susah nak cari penganti tak sama macam mana kita cari penganti BF/GF kan .? Tapi untuk apa ada kawan yang setia tapi setiap tutur kata nya sentiasa mendongak ke langit ? Setiap tutur bicara nya ada saja yang buat hati seorang kawan tersingong .? kadang kala cara dan gaya nya buat kita rasa rendah diri kerana dia sentiasa ingin kelihatan lebih dari kita .. Ya memang susah nak mencari kawan yang sempurna dan mengikuti kehendak kita kerana kita sendiri tidak sempurna apatah lagi mengingin kan kesempurna .. Kawan tu sempurna di mata kita , mereka adalah insan yang kedua paling memahami kita selain dari keluarga . So hargai laa kawan anda dan jaga laa perasaan mereka selagi kita mampu .. salam :)